IBU bapa mula terkesan dengan kenaikan harga pelbagai keperluan sekolah sejak kebelakangan ini.

Tolonglah, pantau segera harga buku sekolah mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Harga buku rujukan dan latihan sekolah yang dikatakan semakin mahal telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa terutama bagi mereka yang mempunyai anak ramai.

Malah, rata-rata daripada ibu bapa mahu pihak berwajib me­lakukan pemantauan dan siasatan bagi mencari punca kepada kenaikan harga tersebut.

Seorang pekerja swasta, Siti Herlina Amir Hamzah, 45, berkata, dia terpaksa memperuntukkan sebanyak RM1,000 bagi tujuan buku sekolah untuk tiga anaknya yang dibeli di koperasi sekolah dan kedai buku.

Katanya, perbelanjaan itu meningkat berbanding hanya RM700 yang dibelanjakan pada tahun lalu.

“Hari ini (semalam) sahaja sudah habis RM500 untuk membeli buku bagi anak yang berada di Tingkatan 5. Itu tidak termasuk buku-buku lain bagi pembelian di koperasi sekolah.

“Memang benar dapat subsidi RM150 sebelum ini, tetapi itu ­hanya bagi perbelanjaan baju sekolah,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambah wanita itu, situasi makin rumit apabila pembukaan sesi persekolahan kali ini bertembung dengan sambutan Ramadan.

“Hendak salahkan kedai buku pun, mereka dapat daripada pembekal pada harga tinggi, namun yang pastinya pengguna yang terkesan,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pekerja kedai buku enggan dikenali memberitahu, kenaikan harga memang berlaku sekitar 20 sen sehingga 70 sen bagi sebuah buku.

“Kenaikan ini berlaku ketika musim sesi persekolahan hampir bermula dan kami sendiri mendapat harga tinggi daripada pembekal,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN