fbpx

Banjir: Mayat wanita hilang dijumpai dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT wanita terbabit yang dijumpai di dalam kereta selepas dihanyutkan arus banjir di Kilometer 28, Jalan Nitar-Kahang, Mersing semalam.

MERSING – Mayat wanita yang dihanyutkan arus banjir bersama kenderaannya Kilometer 28 Jalan Nitar Kahang di sini berjaya dijumpai kira-kira 15 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Endau, Mohd Alias Hussin berkata, kereta dipandu mangsa yang dikenali sebagai Tansharon, 23 berjaya dijumpai oleh pasukan penyelamat di air (PPDA) pada pukul 6.55 petang semalam.

“Kereta mangsa berjaya dibawa keluar dengan peralatan Vehicle Rockery System (VRS) dan mayat mangsa ditemui di dalam kereta pada pukul 10.19 malam. Mangsa kemudian telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, seorang wanita disyaki hilang selepas kereta dipandu dihanyutkan arus banjir di Kilometer 28 Jalan Nitar Kahang, Mersing semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat wanita berkenaan dipercayai merupakan pemandu Perodua Myvi yang dilaporkan hilang.

Katanya, kereta mangsa ditemui tenggelam di tepi jalan berhampiran Kilometer 28, Jalan Nitar-Kahang, Mersing dimana mayat mangsa ketika ditemui masih berada di dalam kereta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI