fbpx

Che Ta jual inai harga ‘Rahmah’, ajak wanita jana pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAS dan Che Ta juga mahu membantu lebih ramai menjana pendapatan sempena musim perayaan tidak lama lagi menerusi perniagaan set inai.

PETALING JAYA – Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan ahli perniagaan, Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.

Malah, pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.

Atas permintaan ramai, Set Kuku Letups Che Ta tampil dengan warna baharu dan harga ‘Rahmah’ iaitu RM25 satu set.

Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama dan duta ‘kecil’ jenama inai berkenaan, set ditampilkan sudah mula diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia bermula semalam, 6 Mac.

“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan ‘Menu Rahmah’ dengan harga murah, kenapa tidak inai juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tidak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.

“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tetapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga Rahmah’ berkenaan.

“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata inai ini berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” kata Che Ta ketika ditemui semasa pelancaran produk tersebut di Glamhall Damansara, baru-baru ini.

Tambah dramatis Kiah Pekasam itu lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tidak kira status untuk menjana pendapatan bersama pada musim Ramadan dan Aidilfitri ini.

“Lebih kurang RM7 juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini.

“Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.

“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua.

“Untuk butiran lanjut boleh ke laman sosial, @Mazaville menerusi platform Instagram dan TikTok,” kata Anas.

Tambahnya lagi, inai keluarannya mempunyai tiga jenis warna dan kesemuanya akan dijual dalam bentuk satu set.

“Ada warna Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel yang seakan-akan warna perang atau coklat pekat disatukan dalam set ditawarkan,” kata Anas.

Pada acara gilang gemilang penuh mega baru-baru ini, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.

Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai keluaran mereka.

Pada majlis sama, Anas turut mengumumkan kejutan hadiah hari lahir ke-50 tahun pada 9 Mac ini buat Che Ta berupa tajaan pakej mengerjakan umrah.

Selain Che Ta, Anas juga memaklumkan akan membawa petugasnya seramai 20 orang dan berlepas selepas raya kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI