fbpx

Pekerja termenung tunggu pelanggan datang cuci kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pekerja resah menunggu kedatangan pelanggan di sebuah premis mencuci kenderaan di Melaka kelmarin.

MELAKA – Hujan berte­rusan sejak Rabu minggu lalu di ne­geri ini menjejaskan produktiviti sebahagian perniagaan termasuk premis yang menjalankan perkhidmatan mencuci kenderaan.

Menurut seorang pengurus sebuah premis mencuci ken­deraan, Mohd. Farid Sulaiman, 35, premisnya yang beroperasi sejak 25 tahun lalu langsung tidak menerima pelanggan berikutan cuaca mendung dan hujan.

Ujarnya, kebiasaannya, kedainya menerima sekitar 40 kenderaan untuk dicuci dengan bayaran antara RM15 sehingga RM30.

“Pada Rabu lalu, kami langsung tidak ada pelanggan yang datang untuk cuci kereta.

“Biasanya kalau hari cerah memang penuh kedai ini de­ngan anggaran perolehan RM700 sehari,” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, dia memberitahu, kini premisnya hanya mengharapkan pendapatan daripada perkhidmatan proses pembersihan dan membaik pulih bahagian luaran mahupun dalaman kereta.

“Mujur kedai ini mempunyai satu lagi bahagian, itulah ‘talian hayat’ untuk menanggung kos operasi termasuk membayar gaji empat pekerja.

“Saya beritahu mereka (pekerja), ini masa untuk berehat, bila musim ini sudah berlalu mereka perlulah bekerja lebih keras,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemilik kedai mencuci kende­raan, Zulkifli Minhat, 32, berkata, meskipun cuaca hujan, masih ada pelanggan yang datang ke premisnya bagi pembersihkan bahagian dalaman kereta.

“Sejak kelmarin, dari pukul 8 pagi tadi, baru dua kereta yang masuk untuk dicuci. Itu pun untuk servis vakum dengan caj antara RM4 hingga RM6 sahaja.

“Pada musim hujan ini, kalau ada rezeki, terdapat kenderaan yang masuk ke kedai.

“Selalunya memang tiada dan kami hanya fokus untuk servis pembersihan dalaman seperti membersihkan ku­syen,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI