fbpx

Dewan Rakyat: Kenaikan OPR wajar elak inflasi – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPC bakal bermesyuarat buat kali kedua tahun 2024 pada hari Rabu dan Khamis ini. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan kenaikan kadar dasar semalam (OPR) adalah wajar bagi memastikan ekonomi negara terus mapan.

Jelas Ahmad, walaupun langkah itu dilihat memberi kesan kepada peminjam dan penyimpan, namun bukan semua terkesan dengan peningkatan tersebut.

Ini kerana kata beliau, peningkatan kepada ansuran bulanan hanya melibatkan peminjam yang mempunyai pinjaman jenis berkadar terapung.

“Setakat Disember 2022, sebahagian peminjam iaitu 50.3 peratus daripada jumlah akaun pinjaman dalam sektor isi rumah adalah pinjaman berkadar tetap berjumlah 6.4 juta akaun.

“Bagi peminjam berpendapatan rendah iaitu pendapatan kurang dari RM5,000 sebulan termasuk golongan B40, dianggarkan sebanyak 54.8 peratus daripada jumlah akaun pinjaman adalah berasaskan kadar tetap melibatkan 3.5 juta akaun,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) yang meminta kerajaan menyatakan kesan kenaikan OPR terhadap golongan B40 serta kenaikan kadar bayaran pinjaman bulanan yang semakin tinggi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI