fbpx

Warga Pakistan, Indonesia dikesan sewa, beli kenderaan terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani (empat dari kanan) bergambar bersama bekas pelajar SMKSI dan SIC pada Majlis Alumni SMKSI dan SIC 2023 di sebuah hotel di Kota Bharu, malam tadi. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan ada dalam kalangan warga asing dari Pakistan dan Indonesia di negara ini menyewa atau membeli kenderaan milik orang tempatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, selain daripada pelarian etnik Rohingya, warga asing dari kedua-dua negara tersebut juga memandu kenderaan di atas jalan raya di negara ini.

Menurutnya, keadaan itu dapat dilihat menerusi pemantauan dan risikan JPJ di seluruh negara apabila mendapati warga asing dari Pakistan atau Indonesia menyewa atau membeli motosikal dan kereta terpakai pada harga yang lebih mahal.

“Sehubungan itu, pemilik kenderaan persendirian memperoleh keuntungan berlipat kali ganda dengan membuat urus niaga dengan warga asing.

“Selain pelarian etnik Rohingya, warga Pakistan dan Indonesia ramai yang membeli atau menyewa kenderan di kawasan Pantai Barat negara ini. Kegiatan ini sudah lama dikesan dan JPJ bersama agensi penguatkuasaan lain sentiasa menjalankan operasi untuk mengekang masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa hadir ke Majlis Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) dan Maktab Sultan Ismail (SIC) 2023 di sebuah hotel di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Zailani memberitahu, kes yang melibatkan pemandu warga ­asing tidak berlaku sekiranya warga tempatan tidak menjual atau menyewakan kepada mereka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI