fbpx

Tok Siak cabul, tunjuk kemaluan pada kanak-kanak perempuan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU SELANGOR – Tok Siak bersama seorang lelaki warga emas ditahan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Bukit Sentosa, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata,pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan polis berkaitan kes itu pada pukul 4.53 petang, kelmarin.

Katanya, kedua-dua suspek lelaki tempatan masing-masing berusia 56 dan 74 tahun itu ditahan selepas dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada mangsa di sebuah tandas surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa.

“Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Selangor menangkap dua lelaki tempatan itu di dua lokasi berasingan sekitar kawasan Bukit Sentosa, di sini.

“Pemeriksaan ujian air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Menurut Asri, suspek ditahan reman bermula dari semalam hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) dan 15 (a)(i) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, pihaknya juga percaya dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini telah berjaya menyelesaikan kes ini.

“Justeru, kami nenasihati orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat serta menularkan berita-berita yang palsu,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI