fbpx

Tidak perlu lagi mainkan isu pembatalan kuliah Ustaz Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua kanan) menyampaikan insentif projek pertanian kepada peserta pada Program Jelajah Kita Selangor Penyayang di Waterfront Banting hari ini.

KUALA LANGAT – Kerajaan negeri menganggap isu larangan ceramah melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus telah selesai dan tidak perlu diperbesarkan kerana melibatkan prosedur sesebuah pihak berkuasa agama negeri.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, di negeri ini terdapat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menetapkan syarat-syarat untuk mengajar agama Islam tidak kira siapa pun tokoh agama tersebut.

“Di Terengganu sendiri saya difahamkan Ustaz Azhar menghadapi isu yang sama. Manakala di negeri ini semasa Pakatan Rakyat (PR) mentadbir dan sekarang Pakatan Harapan (PH), beliau memang tiada tauliah.

“Ustaz Azhar sendiri telah membuat penerangan yang baik di media sosial tentang isu dan saya rasa ia sudah jelas,” katanya ketika ditemui pada Program Jelajah Kita Selangor Penyayang di Waterfront Banting hari ini.

Sebelum ini, Azhar menjelaskan bahawa pihaknya telah sedia maklum bahawa Selangor membenarkan kuliah bagi penceramah yang mempunyai tauliah mengajar di negeri berkenaan sahaja.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, soal tauliah adalah prosedur bersifat teknikal yang perlu dipenuhi merangkumi temuduga, peperiksaan dan pendaftaran sebagai guru agama Islam bertauliah.

“Saya bersolat Subuh di sini pagi tadi, ada kuliah. Minggu lalu dan bulan lepas di Gombak pun ada kuliah semasa program ini berlangsung.

“Saya tahu penceramah tersebut ahli Pas. Oleh kerana dia ada tauliah saya tidak ada masalah pun untuk mendengar ceramahnya, lainlah kalau dia membawa panji parti maka ia dilarang,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap semua pihak patuh dengan bidang kuasa JAIS yang berada di bawah Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI