fbpx
Perkhidmatan Kardiologi Sukan Institut Jantung Negara (IJN) menerima pentauliahan daripada Persatuan Pencegahan Kardiologi Eropah (EAPC)

Perkhidmatan Kardiologi Sukan IJN terima pentauliahan EAPC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Kardiologi Sukan Institut Jantung Negara (IJN) menerima pentauliahan daripada Persatuan Pencegahan Kardiologi Eropah (EAPC).

IJN dalam kenyataan media berkata, IJN merupakan pusat tunggal di Malaysia dan rantau Asia menerima pengiktirafan berprestij berkenaan.

“Pengiktirafan itu diberikan kepada institusi yang memenuhi piawaian ketat Eropah dalam pencegahan, diagnosis dan pengurusan penyakit kardiovaskular dalam kalangan atlet serta individu yang aktif secara fizika

“Pengiktirafan ini meletakkan IJN dalam kalangan kumpulan pusat terpilih pada peringkat global serta menempatkan Malaysia di barisan hadapan dalam kardiologi sukan,” kata kenyataan itu hari ini.

Ketua Jabatan Kardiologi IJN merangkap Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Seri Dr Azmee Mohd Ghazi dalam kenyataan sama berkata, pengiktirafan itu mencerminkan komitmen IJN dalam menyediakan penjagaan yang selaras dengan piawaian antarabangsa.

Menurut beliau, pengiktirafan sebagai satu-satunya pusat bertauliah di Asia menzahirkan tahap ketekunan klinikal, kepakaran dan sistem yang telah IJN wujudkan selama ini.

Ujar beliau, dengan lebih ramai individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi dan menguji ketahanan menyaksikan keperluan untuk menjalani pemeriksaan jantung menjadi semakin penting.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib pula berkata, status tunggal sebagai pusat Kardiologi Sukan bertauliah EAPC di Asia meletakkan IJN selaku pusat rujukan serantau bagi kesihatan jantung atlet.

“IJN bukan sekadar berperanan menyediakan rawatan, malah turut membangunkan keupayaan klinikal, mengguna pakai piawaian antarabangsa dan menyokong keperluan pesakit termasuk atlet serta individu aktif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN