fbpx

Mangsa banjir perlu waspada kencing tikus, keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha berucap merasmikan Nursing Professional Group (NPG) International Nursing Conference 2023 di Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Kementerian Kesihatan (KKM) memantau mangsa banjir di semua pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan mereka tidak dijangkiti penyakit berjangkit yang sering berlaku, setiap kali bah melanda.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, dua penyakit bawaan air terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan perlu diberi perhatian kerana sering berlaku terutama selepas banjir.

Menurutnya, selain menempatkan pasukan perubatan di setiap PPS, kementerian turut menyediakan klinik bergerak bagi memudahkan mangsa mendapat rawatan awal sebelum dibawa ke hospital.

“Kementerian mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) apabila berdepan dengan bencana banjir, khususnya yang kini melanda Johor.

“Kita akan menjalankan tugas memantau semua mangsa banjir termasuk membuat semburan di setiap PPS bagi mengelak daripada berlaku penyakit berjangkit dan menyediakan klinik bergerak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Nursing Professional Group (NPG) International Nursing Conference 2023 di sebuah hotel di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI