fbpx

Warga emas maut tak sempat ke majlis kenduri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR – Seorang wanita warga emas 72 tahun, tidak sempat ke majlis kenduri apabila menemui ajal ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Bandar Puncak Alam kira-kira pukul 2 petang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada klinik berkenaan.

“Berdasarkan keterangan anak mangsa, mereka dalam dalam kereta ketika perjalanan dari Gopeng, Perak menuju ke Kapar, Klang untuk menghadiri majlis kenduri. Mangsa mengadu sakit perut dan sesak nafas lalu segera mencari klinik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Ramli, doktor klinik itu yang membuat pemeriksaan lanjut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan pemeriksaan polis mendapati kejadian itu tidak berunsurkan jenayah.

“Anaknya memaklumkan mempunyai sejarah menghidap penyakit paru-paru berair dan darah tinggi. Mangsa juga menerima rawatan di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI