fbpx

Bekalan minyak masak peket di pasaran cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (kanan) menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada pelanggan bertuah semasa program Walkabout Pelancaran Pakej Rahmah di sebuah pasar raya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan minyak masak peket yang dijual di pasaran mencukupi meskipun berlakunya kes-kes penyelewengan bahan mentah tersebut ke negara jiran.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pasukan penguat kuasa KPDN sentiasa melakukan pemantauan dan operasi bagi membanteras aktiviti berkenaan.

“Kita akui ada berlakunya penyelewengan (minyak masak peket), namun ia tidak serius. Jika berlaku di satu-satu kawasan contohnya di Kota Bharu, pihak penguat kuasa akan menjalankan operasi dan kemudian bekalan akan pulih selepas itu.

“Daripada pemantauan KPDN, kekurangan bekalan minyak masak berlaku disebabkan permintaan daripada pihak peniaga mikro yang terdiri daripada golongan B40. Jadi, pihak penjual juga perlu melakukan kawalan dalaman dan menjual minyak masak dalam kuantiti yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Walkabout Pelancaran Pakej Rahmah di sebuah pasar raya di Pengkalan Chepa, di sini malam tadi.

Salahuddin memberitahu, beliau melihat isu penyelewengan minyak masak peket masih terkawal sejak diberikan mandat untuk menerajui KPDN.

Katanya, selain minyak masak, KPDN turut melancarkan Ops Tiris bagi memantau penjualan petrol dan diesel tidak diseludup ke negara jiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI