fbpx
Salah satu pintu masuk haram yang dijadikan pangkalan untuk menyeludup PATI di Kebun, Tumpat. - Gambar Fail

Hari-hari lihat Rohingya masuk Malaysia di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Penduduk di Pengkalan Kubor di sini mendakwa kegiatan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya melalui Sungai Golok berlaku setiap hari hingga mengundang rasa tidak selesa kerana mereka akan melakukan kekerasan jika diserbu pihak berkuasa.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Ahmad, 30-an, berkata, dia melihat de­ngan jelas setiap kali tekong darat menyeludup PATI kerana rumahnya terletak 100 meter dari pangkalan haram Kebun di sini.

Katanya, pemandangan warga asing lari lintang pukang selepas turun dari perahu merupakan pemandangan biasa di situ.

“Ada satu hari saya lihat 20 Rohingya disumbat dalam satu pe­rahu ketika cuba merentas Su­ngai Golok.

“Jika nampak, saya tak tegur atau jerit dan saya biarkan saja kerana tidak mahu ganggu urusan tekong darat sebab saya kenal mereka yang merupakan orang kampung,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Ahmad, pekerjaan tekong darat atau penyeludup sudah sebati serta diwarisi secara turun temurun oleh segelintir masyarakat di sini dan ia merupakan cara mereka mencari rezeki.

Tambahnya, mereka sukar dibanteras kerana sering me­ngubah modus operandi dan lokasi pendaratan di pangkalan haram sering ditukar hingga mengelirukan pihak berkuasa.

“Antara pangkalan haram di Sungai Golok yang sering digunakan ialah di Kebun, Pisau Raut, Naga Ibu dan Jeram Perdah,” katanya.

Seorang lagi penduduk di Je­ram Perdah dikenali sebagai Ghani, 37, berkata, kemasukan PATI kurang menyenangkan mereka.

“Mereka akan melakukan kekerasan kepada penduduk atau masuk ke dalam rumah ketika cuba melarikan diri apabila pangkalan haram diserbu.

“Memang mereka duduk buat sementara waktu tetapi perkara yang tidak diingini boleh berlaku sekelip mata. Kami tak selesa dengan keadaan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN