fbpx

Filem ‘Mentega Terbang’ bertentangan akidah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar filem Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa sebagai penghinaan kepada agama Islam.

PUTRAJAYA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diminta bertindak segera berhubung isu filem Mentega Terbang yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau memahami sensitiviti masyarakat yang gusar berhubung penayangan filem berkenaan.

“Saya telah mengarahkan Jakim meneliti keseluruhan kandungan filem tersebut dan didapati bertentangan jelas akidah umat Islam di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, Jakim diarah mengemukakan ulasan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan boleh dikenakan.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga diminta untuk memanggil pihak yang terbabit dalam isu penerbitan filem itu untuk pengurusan selanjutnya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI