fbpx

8 individu diberkas terbabit kes bunuh pemandu lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG -Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pemandu lori dipukul sehingga mati di sebuah kondominium di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kesemua suspek ditahan di sebuah stesen minyak Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak arah Selatan pada pukul 7 petang semalam.

“Tujuh suspek lelaki berusia 25 hingga 32 tahun manakala suspek wanita berusia 26 tahun, dipercayai teman wanita kepada suspek utama.

“Hasil siasatan awal mendapati, kesemua suspek telah melarikan diri ke Perak selepas kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes pembunuhan dipercayai bermotifkan dendam dan cemburu suspek utama terhadap mangsa.

“Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu minggu depan,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki tempatan maut selepas dipukul dengan kejam oleh lima individu hanya kerana dendam dan cemburu di sebuah kondominium Bukit Serdang, Seri Kembangan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik perempuan mangsa berusia 26 tahun sekitar pukul 5.29 petang, Isnin.

Katanya, pada pukul 7.15 pagi, adik mangsa menerima panggilan daripada rakannya bahawa suspek utama bersama empat rakannya yang lain telah membawa abangnya (si mati) keluar dari rumah tersebut.

“Difahamkan teman wanita mangsa mengatakan mangsa telah dipukul oleh kesemua suspek ketika berada di dalam kondominium disewa mangsa.

“Suspek kemudian telah membawa mangsa keluar dari rumah sewa tersebut dan pergi ke lokasi yang tidak diketahui,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI