fbpx

Tiada suntikan tunai RM700juta projek tebatan banjir Sungai Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja mendalam dan melebarkan Sungai Klang yang giat dilakukan sejak tahun lalu.

SHAH ALAM – Projek tebatan banjir dengan mendalam dan melebarkan Sungai Klang yang bernilai RM700juta tidak melibatkan suntikan tunai daripada kerajaan negeri.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd. (LLSB), Syaiful Azmen Nordin berkata, satu kertas cadangan telah dibuat pihaknya kepada kerajaan negeri berhubung projek tersebut ekoran banjir besar pada Disember 2021 bagi menangani isu pencemaran dan banjir.

Katanya, anggaran keseluruhan kos projek RM700juta diperolehi setelah melalui sesi libat urus dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pihak perunding.

Ini meliputi keseluruhan kerja pendalaman dan pelebaran Sungai Klang sepanjang 56 kilometer untuk tempoh lima tahun dilaksanakan secara berperingkat.

“Pada ketika ini, kerja-kerja pendalaman yang telah dimulakan pada 1 November tahun lalu dengan tumpuan di kawasan–kawasan kritikal iaitu di Kg. Bukit Lanchong sehingga ke Taman Sri Muda, Shah Alam dan juga di muara sungai dengan anggaran kos sebanyak RM249 juta.

“Jumlah ini akan dibiayai melalui tanggungan premium tanah–tanah yang bakal dibangunkan berjumlah RM117 juta, tanggungan hutang RM54 juta dan selebihnya melalui penerokaan pembiayaan oleh MBI. Projek ini tidak melibatkan sebarang suntikan tunai daripada kerajaan negeri seperti yang didakwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Syaiful Azmen, kedudukan Datuk Seri Amirudin Shari dan Ir. Izham Hashim adalah mewakili kepentingan kerajaan negeri agar projek ini dapat dilaksanakan secara telus, teratur dan menepati matlamat kerajaan negeri.

Beliau memberitahu, LLSB yang merupakan anak syarikat milikan penuh Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) telah dilantik oleh kerajaan negeri bagi merancang dan mengurus pelaksanaan projek Selangor Maritime Gateway (SMG) pada tahun 2018

“Selain daripada usaha pembersihan, LLSB juga mengenal pasti tanah-tanah milik kerajaan negeri yang berpotensi untuk dibangunkan supaya hasil pembangunan dapat dimanfaatkan ke atas usaha-usaha pembersihan dan pemuliharaan.

“Pada tahun 2019, proses Request For Proposal (RFP) bagi tanah–tanah yang telah dikenalpasti telah dilaksanakan dan sebanyak 98 syarikat telah dijemput, namun tiada syarikat yang berminat dan menepati kriteria yang telah ditetapkan memandangkan keadaan tanah yang memerlukan kos pemulihan dan infrastruktur yang tinggi,” ujarnya.

Syaiful Azmen menjelaskan susulan itu kemudiannya LLSB telah menerima cadangan daripada Berjaya Land Berhad untuk menjalin kerjasama strategik untuk membangunkan Sungai Klang secara holistik yang bukan sahaja melihat pembangunan hartanah, tetapi usaha– usaha pembersihan dan pemuliharaan.

“Dengan terjalinnya kerjasama tersebut, satu syarikat bertujuan khas telah ditubuhkan pada 23 Disember 2020 iaitu Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd dengan pegangan saham sebanyak 55 peratus oleh Berjaya Hartanah Berhad dan 45 peratus oleh LLSB.

“Pemilihan Berjaya sebagai rakan kongsi strategik telah memperolehi kelulusan di peringkat Ahli Lembaga Pengarah MBI, LLSB dan seterusnya dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan kelulusan akhir di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada April 2022,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI