fbpx

Suami didakwa bunuh, kerat mayat kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tsuchiya (kanan) dituduh membunuh dan mengerat tubuh badan Ito (gambar kiri). - Foto Facebook

TOKYO – Satu kes pembunuhan ngeri menggemparkan rakyat Jepun selepas mayat seorang ibu tunggal berusia 33 tahun, Ayumi Ito, yang dikerat kepada beberapa bahagian ditemui di rumah kekasihnya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Cebisan mayat mangsa ditemui di balkoni rumah Yuki Tsuchiya, 31, selain beberapa bahagian tubuhnya yang lain berada di dalam kereta suspek.

Suspek dilaporkan sudah berkahwin serta dipercayai menjalin hubungan sulit dengan mangsa.

Bagaimanapun, polis percaya suspek membunuh mangsa pada 21 Februari lalu dan dia ditahan kerana disyaki melakukan jenayah tersebut pada 23 Februari lepas.

Insiden itu berlaku di pantai selatan Jepun di wilayah Shizuoka.

Suspek dilaporkan mengaku menyerang mangsa di dalam kereta dan memukulnya dengan objek tumpul sebelum menggunakan tali untuk mencekiknya sehingga mati. 

Suspek kemudian membawa mayat mangsa ke dalam rumahnya sebelum mengerat tubuh wanita tersebut.

Suspek dilaporkan tinggal di rumah itu bersama isteri, dua anak kecil dan bapanya yang sudah tua. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI