fbpx
Seorang penjaja rambo menjual belon di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengunjung rimas, penjaja warga asing suka ‘main harga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan penjaja rambo berniaga di bahu jalan membuatkan ramai orang berang kerana laluan pejalan kaki yang sempit kini bertambah sesak apabila golongan itu cuba mengaut keuntungan dengan menjual barangan mereka.

Seorang pekerja swasta, Saleha Humaira, 26, berkata, dia tidak mempunyai masalah jika penjaja terbabit menjual barang di luar waktu puncak, tetapi kebanyakan mereka muncul apabila ramai orang berada di kawasan itu.

“Mereka kerap menghalang laluan pejalan kaki, contohnya di Bukit Bintang, kawasan yang sesak dengan pengunjung. Setiap kali berdepan dengan mereka, saya akan terus berjalan tanpa menghiraukan barang yang ingin dijual.

“Barang yang dijual itu pula sudahlah mahal, tidak setanding dengan harga,” katanya.

Saleha memberitahu, peniaga rambo juga mencemarkan pemandangan kerana menjual barangan di merata-rata tempat dengan hanya membuka meja lipat selain berkeliaran.

“Bukit Bintang ibarat hati Kuala Lumpur, kalau boleh tidak mahu perkara ini berlaku lagi sebab ia beri tanggapan buruk kepada pelancong,” ujarnya.

Seorang penjawat awam, Muhammad Yazid Nawawi, 35, pula berkata, dia yang datang dari Perak untuk bersiar-siar bersama keluarganya di ibu kota turut merasakan ketidakselesaan de­ngan kehadiran penjaja rambo.

Malah katanya, makanan yang dijual penjaja warga asing terbabit juga dikhuatiri tidak bersih.

“Saya mengambil inisiatif de­ngan mengelakkan diri daripada membeli makanan mereka, kalau barangan seperti barang permainan mungkin boleh dipertimbangkan untuk anak-anak.

“Mereka juga pandai pikat pe­langgan, misalnya seorang penjaja rambo warga Bangladesh cuba jual bunga kepada saya pada harga RM10, namun selepas ditolak, dia turunkan harga sehingga RM5 sahaja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN