fbpx

Lelaki tepuk punggung lembu jatuh terbelit tali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan kejadian seorang lelaki memukul punggung seekor lembu. - Twitter

NEW DELHI – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan senario seorang lelaki yang terjatuh selepas menganiaya seekor lembu di jalan, lapor laman berita The Hans India.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @GaurangBhardwa1. 

Berdasarkan rakaman tersebut, seekor lembu dilihat berlari di tengah-tengah orang ramai yang berkumpul di sebatang jalan.

Ketika lembu itu berlari dan menghampiri lelaki tersebut, dia memukul punggung haiwan berkenaan.

Pukulan itu menyebabkan lembu tersebut memecut sebelum tali panjang yang diikat padanya kemudian membelit kaki lelaki berkenaan.

Lelaki itu akhirnya jatuh ke tanah ketika disaksikan oleh orang ramai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI