fbpx

Dewan Rakyat: Hanya sebuah syarikat dibenarkan import telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memaklumkan hanya sebuah syarikat dari India dibenarkan mengimport telur ke Malaysia.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, syarikat tersebut telah diberi kelulusan untuk mengimport telur selama enam bulan bermula Disember berdasarkan kepada keupayaannya menghantar bekalan telur dalam masa singkat.

“Syarikat tersebut diberikan kebenaran berdasarkan pengalaman mereka membawa masuk telur dari India ke Qatar bagi memenuhi keperluan ketika penganjuran Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar

“Namun, kawalan biosekuriti yang ketat dikenakan di mana setiap konsainan perlu menjalani ujian Hold Test Release (HTR) di pintu masuk bagi memastikan telur yang diimport bebas daripada patogen Selsema Burung (HPAI), Newcastle Disease (ND) dan Salmonella,” katanya dalam jawapan bertulis hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang meminta kerajaan menjelaskan secara terperinci berhubung syarikat yang mendapat permit mengimport telur dari India dan tempoh permit.

Bagaimanapun kata Mohamad, dasar membenarkan pengimportan telur ini adalah bersifat sementara bagi tujuan memenuhi kekurangan bekalan telur di dalam negara.

“Pembangunan industri telur tempatan merupakan fokus utama MAFS bagi memastikan industri telur tempatan terus berdaya tahan dan mampan dalam membekalkan telur kepada penduduk negara serta meningkatkan pendapatan negara menerusi pengeksportan telur ke luar negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI