fbpx

Banjir: MB Johor minta rakyat utamakan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz melawat mangsa banjir di PPS SK Bukit Mutiara di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengingatkan rakyat negeri ini termasuk petugas yang memindahkan mangsa banjir di seluruh Johor agar sentiasa mengutamakan keselamatan.

Beliau berkata, semua agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah digerakkan sejak malam tadi bagi membantu mangsa banjir selepas hujan turun seharian semalam.

“Johor diuji lagi dengan bencana banjir. Saya sempat melihat sendiri operasi menyelamat mangsa yang masih berada di kediaman berhampiran.

“Saya dimaklumkan 560 keluarga dengan jumlah 1,591 mangsa terjejas (setakat pukul 8 pagi) dan dijangka pertambahan jumlah mangsa dalam waktu terdekat,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI