fbpx

Banjir Johor: TMJ lawat mangsa banjir di Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL dan Tunku Iskandar menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di Kluang hari ini.

KLUANG – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melawat mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Johor, Tunku Iskandar.

Tunku Ismail dan anakandanya itu melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Batu 3 dan Dewan Syarifah Azizah di sini.

Baginda turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang ditempatkan di PPS terbabit.

Situasi banjir di negeri Johor semakin buruk apabila jumlah mangsa terus mencatatkan peningkatan mendadak kepada 9,162 mangsa yang ditempatkan di 90 PPS

Segamat mendahului senarai jumlah mangsa banjir tertinggi dengan seramai 2,570 daripada 767 keluarga dipindahkan diikuti Johor Bahru (1,888 mangsa daripada 609 keluarga) dan Kota Tinggi (1,654 mangsa daripada 404 keluarga).

Sementara itu, di Kluang, seramai 1,418 penduduk daripada 409 keluarga diikuti Tangkak (963 penduduk daripada 179 keluarga) dan Kulai (713 penduduk daripada 190 keluarga).

Jumlah mangsa banjir di Pontian adalah seramai 56 penduduk daripada 17 keluarga diikuti Mersing (44 penduduk daripada 14 keluarga) dan Tangkak (22 penduduk daripada lima keluarga).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI