fbpx

Agihan Keuntungan TH akan diumum awal suku kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 pada awal suku kedua tahun ini setelah kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.

TH dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini agihan keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan kedudukan kewangan awal.

“Keputusan ini mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklum balas awal Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), selaras dengan usaha TH untuk memperkukuhkan operasi, pengurusan dan tadbir urus institusi haji negara.

“TH terus kekal komited untuk memberi agihan keuntungan yang mampan dan stabil selari dengan mandat penubuhannya mengurus simpanan umat Islam Malaysia bagi tujuan menyempurnakan Rukun Islam kelima iaitu haji,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI