fbpx

[VIDEO] Jemaah penuh solat jenazah buat isteri Ustaz Farid Ravi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik pengguna media sosial di TikTok.

PETALING JAYA – Orang ramai membanjiri Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Datin Suziana Mohd Soyong isteri kepada pendakwah Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Ravi atau dikenali sebagai Ustaz Farid Ravi, semalam.

Perkongsian sebuah video pengguna TikTok, Huzaifah itu menyaksikan, ratusan jemaah mula membanjiri masjid berkenaan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah selepas solat Isyak di masjid tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa dukacita atas permergian isteri tercinta Ustaz Farid Ravi selain turut menitip ucapan takziah kepada ahli keluarga.

“Ustazah saya ketika tingkatan 2 dahulu arwah memang baik. Semoga Allah meletakkan Ustazah ditempat kalangan orang-orang beriman,” kata Haziq.

“Salam takziah Ustaz moga arwah ditempatkan bersama golongan beriman Al-Fatihah,” kata Hamimah.

“Isteri yang dapat reda suami dan ampunan daripada suami syurgalah tempatmu, Al-Fatihah,” kata Azhar.

Suziana menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang sekitar pukul 5.40 petang semalam.

Video berkenaan mendapat 3,161 tanda suka dan 338 perkongsian di aplikasi TikTok. – KOSMO! ONLINE

@huzaifahibnuhaslin Solat Jenazah Almarhumah Datin Hjh Suziana Bt Mohd Soyong (Isteri Ustaz Dato Dr Mohd Farid) #fyp ♬ Ya Allah – Wali

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI