fbpx

Rumah retak gara-gara pembinaan jejambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK menunjukkan jejambat motosikal yang kini dalam proses pembinaan di Taman Sembilang, Seberang Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Penduduk Taman Sembilang di Seberang Jaya, di sini menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) segera menyelesaikan isu pembinaan jejambat motosikal yang didakwa mencetuskan kegusaran dan keharmonian setempak sejak dua tahun lalu.

Wakil penduduk, Che Othman Marzuki, 45 mendakwa, isu pembinaan jejambat motosikal yang dibina sebuah syarikat pemaju tempatan itu masih berlarutan dan tiada maklum balas positif sehingga kini meskipun pelbagai aduan sudah dilakukan.

“Sudah banyak aduan secara bertulis selain turut me­ngadakan mesyuarat di antara penduduk dengan PBT, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Sembilang serta pihak pemaju sejak 2021, namun tiada penyele­saian yang diambil setakat ini.

“Jangan kata hendak maklumkan keputusan (pembinaan jejambat motosikal), persetujuan kami pun mereka tidak peduli. Masing-masing ‘ten­dang’ kami macam bola. Kami rasa tersepit dengan situasi ini yang dikhuatiri akan me­nimbulkan pelbagai masalah kelak,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, pembinaan jejambat itu bukan sahaja mendatangkan gangguan emosi kepada penduduk yang rata-ratanya warga emas dan penduduk asal taman perumahan tersebut sejak 1970-an tetapi turut menyebabkan struktur kediaman terjejas.

“Jarak kawasan perumahan kami terletak kira-kira tiga meter dari had sempadan pembinaan jejambat tersebut. Ada rumah penduduk yang sudah retak binaannya disebabkan gegaran yang berlaku berpunca daripada kerja-kerja pembinaan.

“Situasi ini bukan sahaja mendatangkan risiko pencemaran bunyi malah turut melibatkan nyawa penduduk di sini,” katanya.

Dia yang sudah menetap di taman perumahan itu sejak 15 tahun lalu turut bimbang jika timbul masalah lain terutama jenayah ragut dan cabul sebaik jejambat siap dibina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI