fbpx

Bungkus dadah RM114,668 di Melaka untuk penagih Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Polis memberkas dua lelaki selepas dipercayai menjadikan sebuah kondominium di Tanjung Kling di sini sebagai tempat pembungkusan dadah bernilai RM114,668 dalam satu serbuan, Khamis lalu.

Suspek berusia 24 dan 35 tahun itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri kira-kira pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pemeriksaan di premis terlibat, pasukan polus menemui dadah seberat 3.164 kilogram bernilai RM114,668.

“Kita percaya kedua-dua suspek ini telah menjadikan premis tersebut sebagai tempat transit untuk membungkus dadah sebelum mengedarnya bagi pasaran di sekitar Batu Pahat dan Johor Bahru, Johor.

“Kesemua dadah seberat 3.164 kilogram itu mampu menampung kegunaan seramai 15,820 penagih dadah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sindiket itu dipercayai telah bergiat aktif sejak Jun tahun lalu.

“Pihak polis turut merampas harta milik kedua-dua suspek bernilai RM21,763 termasuk barang kemas serta wang tunai berjumlah RM13,000.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau,” katanya.

Zainol berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI