fbpx

Azeem gagal ledak rekod hatrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (tengah) merekodkan 6.66s iaitu catatan masa ketiga terpantas di peringkat saringan sebelum mencatat 6.70s pada aksi final Kejohanan Dalam Dewan SEC di Fayetteville, Arkansas awal pagi semalam.

HASRAT jaguh pecut sensasi tanah air, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi mencipta rekod kebangsaan buat kali ketiga berturut-turut dalam acara 60 meter (m) dalam dewan gagal menjadi kenyataan.

Azeem, 19, sebelum ini mencipta rekod 60m dalam dewan kebangsaan sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan menerusi catatan 6.63 saat (s) pada Januari diikuti 6.62s bulan lalu.

Bintang Universiti Auburn itu terpaksa menerima hakikat gagal melakukan masa lebih pantas pada kejohanan dalam dewan ketiga di bumi Amerika Syarikat (AS) dengan catatan terbaiknya adalah 6.66s.

Begitupun, Azeem tetap berbangga dengan prestasinya ke­rana berjaya menamatkan final Kejohanan Dalam Dewan SEC di Fayetteville, Arkansas awal pagi semalam itu pada kedudukan keempat.

“Bukan hari saya dan saya akan terus bekerja keras. Bukan catatan yang saya harapkan tetapi saya akan bangkit lebih bagus dan mempelajari­nya daripada kejohanan ini.

“Ini adalah penutup untuk musim dalam dewan. Jumpa lagi untuk musim outdoor selepas ini,” kata pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.07s itu.

Azeem bermula cemerlang pada kejohanan di Pusat Trek Tertutup Tyson itu apabila merekodkan 6.66s iaitu catatan masa ketiga terpantas di peringkat saringan sebelum mencatat 6.70s pada aksi final.

Rakan sepasukan Azeem dari Auburn, Favour Ashe muncul juara dengan catatan masa 6.52s, manakala Jordan Anthony (Universiti Kentucky) di tempat kedua (6.57s) dan Godson Oghenebrume (Universiti Louisiana) ketiga (6.64s).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI