fbpx

50,984 OKU berjaya dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V. Sivakumar bersama Mohammed Azman Aziz menunjukkan sijil pengiktirafan antabangsa Zero Project Award yang diterima di Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya tadi. Foto FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjaya menempatkan seramai 50,984 orang kurang upaya (OKU) ke alam pekerjaan sejak tahun 2020 sehingga Februari 2023.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, ketika Covid-19, seramai 4,439 OKU turut memperoleh pekerjaan melalui program-program yang dilaksanakan termasuk inisiatif dan insentif kerajaan.

“Sejak Januari 2022 sehingga 20 Februari 2023, PERKESO telah menganjurkan 4,565 temu duga secara bersemuka serta karnival kerjaya untuk pencari kerja dan majikan yang berdaftar bagi memudahkan proses pengambilan pekerja.

“Dalam pada itu, PERKESO juga sentiasa menitikberatkan mengenai OKU menerusi tawaran jawatan kosong yang bersesuaian daripada majikan.

“Bagi program khusus untuk OKU, sebanyak 66 program temu duga telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022, di samping program Disability Equality Training bagi meningkatkan tahap kesedaran majikan berhubung aspek penggajian OKU,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi penyerahan Anugerah Zero Project bagi kategori ‘Innovative Solutions’ kepada Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz sebagai meraikan kejayaan pertubuhan itu yang menerima anugerah berkenaan di Vienna, Austria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI