fbpx

Malaysia lokasi tunggal Asia konsert jelajah Muse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN MUSE

PETALING JAYA – Kuala Lumpur menjadi satu-satunya bandar di negara Asia yang akan disinggahi kumpulan rock terkenal dunia, Muse sempena konsert jelajah dunia mereka tahun ini.

Muse akan berkunjung ke Kuala Lumpur bagi melengkapkan siri jelajah, MUSE The Will of The People TOUR 2023 pada 29 Julai depan.

Kali terakhir kumpulan legenda dianggotai Matt Bellamy Chris, Wolstenholme dan Dominic Howard yang ditubuhkan pada 1994 itu sekitar 16 tahun lalu iaitu pada 2007 di Stadium Negara.

Konsert kumpulan itu yang dibawakan oleh Hello Universe PLT sekali gus menjadi sasaran penganjur untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi konsert pilihan bagi artis-artis global.

Kedatangan pemenang 70 anugerah muzik rock antarabangsa itu meleraikan penantian peminat setia apabila konsert secara langsung dan eksklusif hanya di Malaysia.

“Kami sangat berbesar hati untuk datang dan membuat persembahan di negara yang indah dan menakjubkan ini.

“Kami tidak sabar untuk berjumpa anda semua di sana. Kami akhirnya kembali ke Malaysia pada 29 Julai 2023,” kata Muse dalam satu kenyataan.

Di sebalik kesukaran membawa Muse ke Asia dan menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya persinggahan jelajah Will of The People, konsert tersebut diharapkan akan menarik semua peminat kumpulan rock itu dari pelusuk negara dan benua seperti Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia.

Hello Universe PLT menyasarkan antara 60,000 sehingga 100,000 kapasiti penonton memenuhi lokasi konsert yang akan diumumkan kelak.

“Dengan mengadakan konsert dan festival, secara tidak langsung ini merupakan cara terbaik membantu membaik pulih serta merangsang ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik.

“Selain menarik kehadiran pelancong asing, kami juga dapat menyumbang kepada aktiviti penduduk tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe, Adam Ashraf.

Untuk rekod, kali terakhir Muse hadir ke Asia sekitar 2019 sempena penganjuran Singapore Grand Prix yang sebahagian dari jelajah konsert Teori Simulation.

Tiket pra-jualan konsert Muse dibuka bermula 2 Mac ini pukul 10 pagi, sementara yang dijual kepada awam bermula 3 Mac juga pada waktu yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI