fbpx

Perkeso selesai bayar lebih RM170,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. AZRI (tiga dari kiri) bersama keluarga di Rembau baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) secara keseluruhannya telah membayar faedah kewangan sebanyak RM170,223.84 kepada pencarum, Mohd. Azri Ibrahim bagi faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) dan Hilang Upaya Kekal (HUK).

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, Izad Raya dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menyemak kes berkenaan dan mendapati Mohd. Azri pernah membuat beberapa permohonan tuntutan faedah berikutan kecederaan yang dialaminya dalam satu kemalangan.

“Mohd. Azri membuat permohonan tuntutan faedah kali pertama setelah mengalami kece­deraan lumbar tulang belakang L4 dan L5 selepas kemalangan pada April 2017 dan Perkeso telah meluluskan bayaran HUS untuk cuti sakit selama 20 hari sebanyak RM1,475.56 pada Mei tahun sama.

“Pencarum turut membuat permohonan faedah berkaitan Bencana Pekerjaan berhubung kecederaan yang dialami akibat kemalangan itu. Penilaian Perkeso mengesahkan dia mengalami kecederaan L4/L5, L5S1 Lumber Disc with Radiculopathy dan te­lah meluluskan faedah HUS sebanyak RM34,242.48 pada Ogos 2017.

“Pada September 2019, pencarum membuat permohonan faedah kali ketiga dan disahkan mengalami Bencana Pekerjaan dengan kecederaan sakit belakang L4/L5, L5S1 Lumber Disc with Radiculopathy pada Mei 2021 dan Perkeso membayar RM39,480.02 bagi bilangan cuti sakit 378 hari,” katanya.

Tambahnya, Mohd. Azri sekali lagi memohon faedah HUK pada Ogos 2022 dengan kecederaan yang sama.

Sehubungan itu, katanya, Jemaah Doktor (JD) meluluskan permohonan tersebut dan Perkeso membuat bayaran pembayaran faedah HUK RM95,025.78 pada September 2022.

“Pencarum pada November 2021 telah membuat permohonan Pencen Ilat bagi kecederaan yang sama, namun JD mengesahkan dia tidak ilat, kemudiannya membuat permohonan rayuan sebulan selepasnya dan pada 2022, Mohd. Azri mengemukakan permohonan rayuan baharu kali kedua dan JD mengesahkan dia tidak ilat.

“Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) menyatakan bahawa seseorang berinsu­rans hendaklah dianggap sebagai menghidap keilatan, jika, oleh sebab sesuatu keadaan uzur tertentu yang berkekalan, tidak berupaya mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang mendatangkan pendapatan,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Azri Ibrahim, 42, yang merupakan bekas pekerja kilang mendakwa permohonannya untuk memperoleh pencen ilat Perkeso telah ditolak sebanyak enam kali de­ngan ­alasan faktor usianya masih muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI