fbpx

Liga Super: Kelantan FC tumpas 1-2 di tangan Kuching City FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cifuentes (kiri) cuba melepasi pertahanan Kuching City FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Kelantan FC membuka tirai saingan Liga Super 2023 dengan langkah kiri selepas tewas 1-2 kepada Kuching City FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini petang tadi.

Peringkat awal separuh masa pertama menyaksikan Kelantan FC mencipta tiga deretan peluang menjaringkan gol bermula dengan sepakan percuma kapten pasukan, Mario Arques Blasco yang terkena tiang pada minit ke-27.

Skuad The Red Warriors (TRW) hampir membuka jaringan melalui percubaan Miguel Angel Cifuentes yang sedikit tersasar pada minit ke-28 dan percubaan Christian Rontini pada minit ke-29 ditepis penjaga gawang Kuching City, Norazlan Razali.

Kelantan FC sekali lagi terlepas peluang menjaringkan gol apabila tandukan Cifuentes berjaya ditangkap kemas oleh Norazlan pada minit ke-36.

Peluang terbaik pasukan pelawat hadir pada minit ke-39 melalui tandukan Abdallah Sudi namun berjaya ditangkap kemas penjaga gawang tuan rumah, Mohamad Rozaimi Rahamat dan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

TRW terpaksa menunggu sehingga ke minit-51 untuk menceriakan 5,138 penyokongnya melalui rembatan Cifuentes yang menerjah jaring gawang pelawat untuk jaringan pembukaan perlawanan.

Kegembiraan kem tuan rumah bagaimanapun tidak kekal lama apabila Kuching City FC berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Abdallah Sudi pada minit ke-58.

Kealpaan barisan pertahanan tuan rumah dihukum sekali lagi pada minit ke-71 apabila Abu Kamara dengan mudah menyudahkan peluang terhidang untuk gol kedua Kuching City FC.

Kuching City terus kental mempertahankan kedudukan sekali gus memastikan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI