fbpx

Asnaf buat perangai lepas dibantu, 7 kali dihalau tuan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan Kasturi yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berstatus asnaf mendakwa bantuannya telah dihentikan oleh pihak zakat sehingga terpaksa berteduh dan bermalam di bawah jambatan.

Lelaki yang dikenali sebagai Kasturi Cik Din menjadi tular di media sosial apabila ada individu lain berkongsi kisahnya di TikTok baru-baru ini.

Sehubungan itu, ramai mengecam zakat kerana didakwa membiarkan lelaki berkenaan hidup dalam keadaan tidak terurus tanpa perlindungan sewajarnya.

Wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) namun mendedahkan Kasturi merupakan salah seorang penerima bantuan di bawah kelolaan mereka sejak 2015 sehingga kini.

“Abang Kasturi Cik Din, kami (LZS) terus menyalurkan bantuan tanpa menghentikan sebarang jenis bantuan kecuali berkaitan dengan sewa rumah.

“Dia (Kasturi) dihalau dari rumah sewa yang sebelum ini dibayar oleh pihak lain, kami tak pasti apa berlaku dan apabila kami tahu dia tinggal bawah jambatan, kami usahakan untuk dapatkan sebuah rumah untuknya hasil kerjasama seorang pembayar zakat di LZS, dia diberi rumah dua tingkat dan bagi kami cukup mewah.

“Namun setelah beberapa bulan, pihak komuniti dan masyarakat sekitar mengadu tidak selesa membabitkan Abang Kasturi, mereka minta kami pindahkan dia ke tempat lain,” katanya menerusi TikTok @ZakatSelangor.

Menurut wakil LZS itu lagi, sudah tujuh rumah disewa oleh pihaknya untuk membantu menyediakan tempat tinggal kepada Kasturi, namun sering dihalau kerana tuan rumah kurang senang apabila berlaku kerosakan terhadap kediaman mereka.

“Kami terus berusaha mencari rumah kepada abang Kasturi. Dari satu rumah, ke dua rumah, lebih tujuh rumah kami cuba berbincang dengan pihak pemilik dan sehingga kini belum ada yang mahu beri kerjasama selepas mereka tahu penyewanya Abang Kasturi.

“Biarpun berdepan pelbagai kesukaran, kami tidak pernah menamatkan bantuannya kecuali bantuan sewa rumah yang diminta dikeluarkan oleh tuan rumah sendiri. Kami di LZS terus menyantuni Abang Kasturi dengan sebaiknya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI