fbpx

MHL: THT ‘berpeluh’ sebelum tewaskan Young Tigers 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Hoki Terengganu (THT) terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Young Tigers 2-1 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pasukan Hoki Terengganu (THT) terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Young Tigers 2-1 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan juara bertahan itu mengutip 19 mata daripada tujuh perlawanan kembali ke persada Liga Hoki Malaysia (MHL) sementara menunggu aksi Maybank menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kini berada di tangga ketiga.

Awal permainan berlangsung rancak dengan THT mendahului menerusi pukulan sudut penalti pakar flick Korea Selatan, Jang Jonghyun pada minit kedua.

Hanya enam minit kemudian, pemain kebangsaan, Muhammad Marhan Jalil melebarkan jaringan THT selepas menyambar umpanan Akhimullah Anuar Esook.

Begitupun, Young Tigers tidak putus asa dengan pemain pertahanan, Perabu Tangaraja menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit kesembilan untuk menjadikan kedudukan 1-2. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI