fbpx

Liga Europa: Erik Ten Hag berdepan dilema besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berdepan dua ujian getir dalam tempoh empat hari bermula dengan aksi menentang Barcelona awal pagi esok. – FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag berdepan dilema terbesar dalam kariernya apabila bakal mengharungi dua perlawanan penting dalam tempoh empat hari.

United tidak mahu mensia-siakan aksi timbal balik playoff Liga Europa menentang Barcelona di Old Trafford awal pagi esok selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 di Camp Nou minggu lepas.

Ten Hag, 53, juga tidak sanggup melepaskan peluang untuk merangkul gelaran pertamanya bersama The Red Devils apabila bertemu Newcastle United dalam aksi final Piala Liga Ing­geris (EFL) di Wembley awal pagi Isnin ini.

Jika berjaya menumbangkan Newcastle, Ten Hag bakal dijulang sebagai wira kerana berjaya menghadiahkan kejuaraan pertama buat United dalam tempoh enam tahun.

Berdasarkan reaksi Ten Hag selepas menewaskan Leicester City 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu, pengendali dari Belanda itu dijangka tetap menurunkan barisan terkuat dalam dua perlawanan tersebut.

Bekas jurulatih Ajax itu turut menggesa semua penyokong United turun ke Old Trafford sebagai motivasi tambahan buat para pemainnya berdepan misi wajib menang ke atas Barcelona.

“Saya mahu mereka datang. Ini adalah aksi yang tidak seharusnya dilepaskan untuk kami bersama-sama peminat menewaskan Barcelona.

“Saya tidak boleh mempe­ngaruhi kehadiran mereka, tetapi saya menjanjikan satu persembahan terbaik dengan harapan semua peminat mendapat ke­puasan apabila melihat prestasi kami.

“Kelab ini sentiasa berada di hati mereka. Jadi, kami akan berlawan habis-habisan dan menjadikan Old Trafford sebagai kubu kebal,” kata Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI