fbpx

Hilang suara, Fiza Sabjahan gigih acarakan WHI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZA SABJAHAN

PETALING JAYA – Pengacara terkenal Fiza Sabjahan mengundang simpati penonton sewaktu mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI) secara langsung menerusi TV3 tengah hari tadi walaupun dalam keadaan tidak sihat dan kehilangan suara.

Ketika diawal program itu ke udara, suara personaliti berusia 41 tahun itu masih kedengaran normal walaupun sedikit serak sewaktu mengendalikan WHI bersama rakan pengacara yang juga pelakon, Fahrin Ahmad.

Selepas hampir sejam bersiaran, suara wanita berkulit hitam manis itu semakin teruk dan hampir hilang selepas banyak bercakap tanpa henti.

“Kadang-kadang saya rasa cinta itu scam sahaja. Mula-mula sahaja seronok, lama-lama tidak,” kata Fiza dalam keadaan suaranya hampir hilang sewaktu diakhir rancangan WHI.

Fahrin yang berada di sebelahnya bagaimanapun tidak dapat menahan rasa untuk ketawa sebelum meminta rakan pengacaranya itu memberitahu apa yang berlaku terhadap suaranya.

“Cuba awak beritahu kenapa suara awak begini ya?” soal Fahrin.

Bagaimanapun, Fiza mengambil pendekatan untuk tidak mahu bercerita dan terus menutup program WHI yang telah pun sampai ke penghujung rancangan.

Hasil tinjauan Kosmo! Online dalam Instagram milik personaliti itu, difahamkan Fiza telah mengalami masalah sakit tekak sehingga kehilangan suara sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun atas dasar profesional, Fiza tetap menggalas tugasnya sebagai pengacara untuk terus bekerja walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Dalam ruangan komen, ramai peminat berkongsi petua untuk meredakan sakit tekak yang dialaminya.

“Fiza minum air the thyme. Amalkan dua sehingga tiga hari. Insya-Allah cepat sembuh nanti,” cadang seorang peminatnya.

“Sedap suara Fiza hari ini. Serak-serak rock,” usik seorang peminatnya.

“Kenapa dengan Fiza? Semoga cepat sembuh,” doa seorang peminatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI