fbpx

Buruh dicekup cabul anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JELI – Seorang buruh dicekup selepas disyaki mencabul anak perempuannya di dalam sebuah bilik di rumah mereka di Kampung Legeh, Ayer Lanas, di sini pada Isnin lalu.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian kira-kira pukul 8.30 malam pada hari yang sama.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi semasa mangsa yang berusia 20 tahun itu dikatakan terjatuh di dalam biliknya selepas tidak sihat.

Mangsa kemudian dibawa oleh bapanya ke dalam sebuah bilik sebelum lelaki itu bertindak mencabul wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI