fbpx

Anwar tinjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menunjukkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani sewaktu melakukan tinjauan persiapan terakhir di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto IHSAN PMO

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Kementerian Kewangan di sini.

Anwar menerusi perkongsian di laman sosial media memaklumkan, beliau turut disertai Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican sewaktu sesi tinjauan tersebut.

“Sewaktu sesi tinjauan tersebut, saya turut menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang akan dibentangkan esok di Parlimen.

“Saya juga sempat beramah mesra dengan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 Malaysia Madani,” katanya ringkas.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, rakyat Malaysia boleh menyaksikan pembentangan belanjawan berkenaan pada pukul 4 petang esok.

Terdahulu, Anwar semalam ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa persiapan terakhir mengenai pembentangan belanjawan itu sudah hampir selesai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI