fbpx

Galeri Sunway Flora Bukit Jalil dibuka Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran artis untuk pembangunan Sunway Flora Residences Bukit Jalil

PETALING JAYA – Pemaju perbandaran komuniti, Sunway Property bakal membuka galeri jualan bagi projek kediaman bertingkat terbaharunya, iaitu Sunway Flora Residences di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad ini.

Pengunjung berpeluang melawat unit contoh dan menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk menyaksikan tarian singa, mengambil bahagian dalam peraduan Spin & Win yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM5,000 dan beroleh baucar pra-pelancaran ekslusif.

Sunway Flora Residences dengan status pegangan bebas memiliki nilai pembangunan kasar RM723 juta serta terletak di lokasi strategik, hanya 300 meter dari stesen LRT Muhibbah serta tiga kilometer dari Pavilion Bukit Jalil.

Pengarah Eksekutif Kanan, Wilayah Tengah Sunway Property, Chong Sau Min berkata, projek tersebut merupakan kemasukan pertama syarikat di perbandaran Bukit Jalil yang sedang berkembang pesat.

“Bukit Jalil lokasi sesuai untuk pembangunan bersepadu kerana ia merupakan salah satu alamat yang paling dicari dengan taman rekreasi seluas 32 hektar dalam kawasan sekitar serta berdekatan dengan kompleks sukan bertaraf dunia.

Antara fasiliti yang disediakan buat penghuni.

“Kawasan ini dijangka bakal menerima lebih banyak pertumbuhan setelah laluan MRT Putrajaya siap,” katanya dalam satu kenyataan.

Direka bentuk dengan memfokuskan kepada kelestarian, pembangunan Sunway Flora berdasarkan Sunway Design & Development Architecture (SDDA) merupakan pembangunan kediaman pertama di Bukit Jalil yang menerima penarafan Platinum daripada GreenRE.

Penduduk akan menikmati kemudahan berinspirasikan alam seluas 1.74 hektar termasuk taman persendirian seluas 0.52 hektar. Penduduk juga boleh mengecas kenderaan elektrik mereka di rumah dengan penyediaan ruang pengecasan dalam zon letak kereta bertingkat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI