fbpx

Rafizi beri bayangan kemasukan lebih banyak pelabur besar asing bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi

PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membayangkan bakal ada pengumuman penting mengenai kemasukan lebih banyak pelabur besar asing dalam bidang pendigitalan bulan depan.

Rafizi berkata, langkah berkenaan dijangka dapat memacukan pertumbuhan di seluruh negara dan mempercepatkan perkembangan ekonomi digital agar terus menjadi lebih rancak.

“Insya-Allah, sekitar bulan depan, akan ada pengumuman berkaitan pelaburan besar yang berkait isu pendigitalan sejajar tumpuan rangka kerja ekonomi digital negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sesi Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Ekonomi di sini, hari ini yang turut disiarkan menerusi laman sosial rasmi kementerian itu.

Menerusi ucapannya, Rafizi turut memberi gambaran mengenai fokus Bajet 2023 yang akan dibentang pada Jumaat ini antaranya berkaitan peralihan iktisad negara kepada bidang pendigitalan, pelaburan ekonomi hijau dan tumpuan pembasmian isi rumah miskin tegar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI