fbpx

Lelaki bunuh kekasih kerana ajaknya berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mengaku membunuh seorang wanita yang mengajaknya berkahwin di Nagaur baru-baru ini. - India Today

NEW DELHI – Seorang lelaki dilaporkan membunuh teman wanitanya yang didakwa memaksanya untuk mengahwini mangsa di Nagaur, lapor portal berita India Today semalam.

Polis menyiasat lelaki tersebut yang dikenali sebagai Anoparam yang mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap. Dia ditahan setelah mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Tertuduh didakwa memotong badan wanita itu dikenali sebagai Guddi. Mayat mangsa ditemui 25 hari selepas dia dibunuh.

Anoparam memberitahu polis bahawa dia membuang bahagian mayat mangsa ke dalam  sebuah perigi berhampiran Kampung Derva. Operasi mengeluarkan mayat mangsa  dilakukan di Telaga Sune selama tiga hari oleh pihak berkuasa.

Kamera dron turut dipasang pada masa pencarian untuk mengesan bahagian badan mangsa.

Mangsa merupakan seorang wanita yang sudah berkahwin dari kampung Balasar di kawasan Balai Polis Sri Balaji daerah Nagaur manakala ujian poligraf terhadap tertuduh akan dijalankan di Jaipur. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI