fbpx

Guru tadika dijel kerana letak detergen, ubat nyamuk dalam makanan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bekas guru wanita berusia 50 tahun dijel empat tahun kerana memasukkan detergen dan ubat nyamuk ke dalam makanan murid. - Getty Images

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam makanan murid-muridnya, lapor laman berita Korean Times hari ini.

Mahkamah Daerah Selatan Seoul mensabitkan kesalahan wanita berusia 50 tahun itu atas tuduhan cubaan mencederakan kanak-kanak pada Khamis lalu dan memerintahkan 10 tahun sekatan pekerjaan terhadapnya di institusi kanak-kanak berkaitan.

“Tertuduh melakukan jenayah terhadap kanak-kanak sedangkan dia bertanggungjawab untuk melindungi mereka.

“Tertuduh juga terus membuat alasan yang tidak dapat difahami. Hakikat bahawa kanak-kanak itu sebenarnya tidak dicederakan telah dipertimbangkan apabila hukuman diputuskan,” kata mahkamah dalam keputusannya. 

Menurut penyiasat, wanita itu meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk dalam makanan yang disediakan untuk kanak-kanak di sebuah tadika di Seoul pada November 2020.

Semasa siasatan polis, dia mendakwa cecair yang dimasukkan ke dalam makanan itu hanyalah air tetapi analisis susulan  oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan terbukti ia mengandungi bahan pencuci dan bahan penghalau nyamuk.

Dalam perbicaraan pertamanya, tertuduh menolak tuduhan terhadapnya dan berkata: “Sebagai seorang guru dan ibu, saya tidak pernah melakukan perkara yang boleh menyakiti seseorang.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI