fbpx

Pisang goreng Indonesia diiktiraf manisan paling sedap di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pisang goreng daripada Indonesia diiktiraf sebagai manisan bergoreng paling sedap di dunia selepas memungut markah 4.60 meninggalkan manisan daripada negara lain di belakangnya.

Menurut laporan yang dikeluarkan Tasteatlas, jumlah markah tersebut telah meletakkan manisan bergoreng negara itu di tangga teratas untuk kategori manisan bergoreng paling sedap di dunia.

Pisang goreng dari Indonesia juga berjaya mengalahkan beberapa manisan terkenal lain seperti bomboloni (Itali), churros (Sepanyol) dan donat (Amerika Syarikat).

Poster laporan yang dikeluarkan Tasteatlas.

Bagaimanapun, laporan yang mengumpulkan 50 jenis makanan manisan bergoreng dari seluruh negara itu tidak menyenaraikan sebarang manisan atau makanan dari Malaysia dalam cartanya.

Sementara itu, roti canai daripada Malaysia berjaya meraih tempat kedua dalam kategori makanan jalanan terbaik di dunia dengan berkongsi markah 4.8 dengan tiga makanan jalanan daripada negara lain.

Menerusi laporan yang sama, makanan tradisi rakyat Malaysia itu juga meninggalkan makanan terkenal yang lain seperti bubur ayam (Indonesia), shawarma (Lubnan) dan pizza (Itali) di belakangnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI