fbpx

Pindaan kerakyatan anak lahir di luar negara beri impak besar aspek kewarganegaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kanan) pada sidang akhbar selepas Program KDN Madani di Kompleks Perpaduan Jajahan Machang, Machang hari ini. - Foto oleh ROSMIZAN RESDI

MACHANG – Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mendapat kerakyatan negara ini mampu memberi impak besar kepada aspek kewarganegaraan bagi kategori tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima banyak permohonan berhubung isu kerakyatan yang melibatkan golongan itu.

Menurutnya, menerusi pindaan itu, ia sekali gus menyamakan kedudukan ibu dan bapa untuk mempunyai hak yang sama berbanding sebelum ini yang melibatkan bapa sahaja.

“Permohonan dalam kategori itu memang ada. Oleh itu, pindaan akan melalui proses seterusnya sekali gus memberi impak besar kepada beberapa komponen yang ada di KDN,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program KDN Madani di Kompleks Perpaduan Jajahan Machang di sini hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju dengan pindaan terbabit terhadap Perlembagaan Persekutuan dan akan dibentang kepada Jemaah Menteri setelah cadangan pindaan itu dimuktamadkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI