fbpx

Penduduk gelisah, 11 ekor lembu jadi ‘lauk’ Pak Belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk menunjukkan perangkap yang dipasang Perhilitan di kawasan kebun getah untuk menangkap harimau di Kampung Peralla, Tanah Merah semalam.

TANAH MERAH – Penduduk di Kampung Peralla di sini terpaksa mengumpul wang sebanyak RM600 bagi membeli seekor kambing untuk dijadikan umpan harimau yang telah mengganggu kampung mereka sejak dua minggu lalu.

Setakat ini, seekor harimau itu telah membaham lebih 11 ekor lembu dan seekor kam­bing di kampung itu.

Situasi itu turut menyebabkan penduduk tidak berani untuk keluar menoreh getah, sekali gus menjejaskan pendapatan harian mereka ketika ini.

Seorang penduduk, Abdul Hadi Mat Hussin, 60 berkata, penduduk kampung tiada pilihan untuk tangkap harimau selain kumpul duit untuk membeli umpan kambing.

“Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) sudah pasang perangkap, nanti kena letak umpan, harap berjaya lah nanti.

“Kami sudah tidak tahan, selain habis ternakan kami kena baham, kami juga tidak boleh keluar menoreh,” jelasnya ketika ditemui di sini semalam.

Zainuddin Che Pa, 60, berkata, sebanyak dua ekor lembu yang dipeliharanya sudah dibaham harimau apabila melihat bangkai haiwan tersebut di kawasan kebun getah.

“Saya menyedari dua ekor lembu itu hilang kira-kira pukul 7 pagi pada Selasa lalu.

“Ketika itu, saya turun dari rumah untuk memberi lembu-lembu makan di kawasan kebun getah.

“Semasa tiba di kawasan kebun, saya terkejut melihat hanya ada bangkai dan cebisan daging lembu yang dipercayai sudah dibaham harimau,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Hadi Mat Hussin, 60 berkata, dua ekor lembu miliknya telah dibaham harimau sejak seminggu lalu.

Katanya, pada awalnya dia percaya seekor serigala telah menyerang lembu-lembu peliharaannya.

“Selepas diselidik rupanya harimau apabila ada tapak kaki di kawasan itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI