fbpx

Polis sahkan penuntut UUM meninggal dunia akibat renjatan elektrik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampus UUM di Sintok. - Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Polis mengesahkan kematian seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), S. Vinosiny, 20, di asrama universiti itu pada 21 Mei tahun lalu adalah akibat renjatan elektrik.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes dirujuk kepada pihak koroner bagi keputusan lanjut.

“Laporan bedah siasat menunjukkan punca kematian penuntut itu adalah disebabkan oleh ‘electrocution’.

“Hasil bedah siasat juga mendapati mendiang menghidap penyakit fibrosis miokardium,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kehadiran penyakit itu meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami gangguan ritma jantung yang boleh mendatangkan maut ditambah dengan renjatan elektrik bervoltan rendah.

Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman dan kredibiliti mana-mana pihak termasuk siasatan dijalankan.

Akhbar sebelum ini melaporkan penuntut semester empat Sarjana Muda Perakaunan UUM itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di biliknya sebelum disahkan telah meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI