fbpx

UCL: Graham Potter optimis Chelsea bawa balik bekalan selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POTTER yakin Chelsea mampu menewaskan Dortmund, namun enggan para pemainnya memandang rendah kemampuan pasukan itu. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Graham Potter memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya berwaspada dengan ancaman Borussia Dortmund menje­lang pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara di Signal Iduna Park awal pagi esok.

The Blues sedia menjadikan aksi di pentas Eropah sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki prestasi mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas hanya mencatat dua kemenangan dalam 11 perlawanan.

Potter yang berdepan kecaman hebat daripada penyokong sendiri bagaimanapun tetap positif dengan peluang The Blues untuk membawa pulang bekalan selesa bagi aksi timbal balik di Stamford Bridge bulan depan.

“Dalam pusingan kalah mati seperti ini, macam-macam boleh berlaku dan semua pemain perlu­ sedar dengan kemungkinan ter­sebut. Kami akan bertemu sebanyak dua kali, jadi kami perlu fokus sepenuhnya menentang Dortmund.

“Saya percaya dengan kemampuan yang dimiliki pemain-pemain Chelsea untuk menewaskan Dortmund nanti, namun mereka juga bukan calang-calang pasukan. Kami perlu percaya pada diri sendiri,” katanya.

Bekas pengendali Brighton itu turut menggesa barisan pemainnya supaya tidak memandang rendah keupayaan Dortmund, lebih-lebih lagi skuad kendalian Edin Terzic itu berada pada prestasi terbaik ketika ini.

“Kami perlu pergi ke sana dengan rendah diri dan menghormati pasukan tuan rumah. Saya mengakui Dortmund adalah pasukan yang sangat berkualiti, namun kami juga memiliki pemain-pemain terbaik,” ujar Potter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI