fbpx

Tiga anak Undang Rembau mengaku tak bersalah cederakan ibu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga anak Undang Luak Rembau, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Rembau, atas tuduhan mencederakan ibu tiri mereka pada Ogos tahun lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

REMBAU – Tiga anak Undang Luak Rembau, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Rembau, di sini, atas tuduhan mencederakan ibu tiri mereka dalam kejadian di Pejabat Balai Undang Rembau, Ogos tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh Datuk Kamarul Halim Datuk Muhamad Sharip, 50; Datuk Kamarul Nizam Datuk Muhamad Sharip, 55; dan Muhamad Fairuz Muhamad Sharip, 41, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan bersama, ketiga-tiganya pada 23 Ogos tahun lalu kira-kira pukul 3.30 petang di Pejabat Balai Undang Rembau dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan terhadap ibu tiri mereka berusia 42 tahun.

Oleh yang demikian, kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan seksyen 34 akta yang sama.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly, sementara ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan.

Majistret kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin warganegara.

Selain itu, Majistret juga menetapkan perintah larangan menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga prosiding kes selesai.

Sebutan semula kes bagi serahan dokumen pada 22 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI