fbpx

Bengang bapa diejek, Ali Puteh ‘naik hantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALI Puteh gagal menahan marah apabila nama arwah bapanya diejek sesuka hati oleh seorang netizen.

PETALING JAYA – Susulan konflik yang kembali meletus dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah, pelawak Ali Puteh terus-menerus menjadi mangsa kecaman netizen sehingga ada individu yang bertindak luar batasan apabila mengejek bapanya.

Kejadian tersebut berlaku ketika Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan mengadakan siaran langsung (live) dalam TikTok yang sempat dirakam seorang netizen.

Tidak tahan apabila nama arwah bapanya dipetik sesuka hati dan diejek seorang netizen, Ali gagal menahan amarah sekali gus menyelar tindakan biadab individu itu yang keterlaluan.

Bagaimanapun jelas Ali, kemarahan itu bukan kerana dia mudah ‘koyak’ seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya disebabkan individu berkenaan sesuka hati mengheret ahli keluarga terdekat.

“Kau nak apa dengan aku. Saya ‘live’ tadi tak baran pun. Ini bukan masalah baran atau ‘koyak’ tapi yang awak cakap tadi pasal bapa saya.

“Kau ingat ini zaman sekolah dulu ke tak biasa kena ejek nama bapa? Kau tahu ke bapa orang ada atau sudah tiada?

“Kurang ajar sangat, perempuan pula tu. Kalau depan-depan memang aku sepak sekali,” kata pelawak itu meluahkan rasa bengang selepas diprovok dengan mengaitkan nama bapanya, Syed Mohd. Redzuan Al Juffrey.

Tidak bersetuju dengan tindakan biadab sebegitu, ada netizen memberikan teguran kepada mana-mana pihak supaya tidak menyebut ibu atau bapanya kerana perbuatan mengutuk orang tua pelawak itu sebagai tidak wajar selain terlalu keanak-anakan.

“Sudah-sudahlah. Kalau yang salah Ali kenapa ejek ayah dia,” kata seorang pengguna TikTok.

Beberapa hari lalu, Hidayah yang juga balu kepada abang Ali, Allahyarham Abam Bocey menggesa pelawak itu melunaskan bayaran sebanyak RM60,000 kepadanya seperti ditetapkan mahkamah atas saman fitnah tanpa menerusi kaedah ansuran.

Isu antara mereka tercetus semula selepas ibu tunggal anak satu itu pergi ke rumah yang pernah didiami bersama suaminya di Gombak, tetapi tiada sesiapa membuka pintu selepas sejam menunggu.

Sebaik pulang, Ali dalam video yang sudah dipadamkan dalam Instagram mendakwa menjumpai taburan garam kasar dan kulit limau di luar kediaman berkenaan.

Begitupun, ramai menegur tuduhan tersebut bukanlah perbuatan sihir atau santau, tidak terkecuali mendapat perhatian pihak yang arif mengenai amalan khurafat sehingga dia pula yang menjadi sasaran serangan netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI