fbpx

Banjir: 18 mangsa dipindahkan ke PPS di Bera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH PPS di Dewan Orang Ramai Kemayan dibuka bagi menempatkan 18 mangsa banjir di Bera.

BERA – Seramai 18 orang daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata kesemua, mangsa mula dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kemayan mulai pukul 4 pagi selepas kawasan tersebut mula dinaiki air dan dilanda banjir kilat.

“Hujan berterusan dari petang, tetapi sekitar pukul 10.00 malam, hujan bertambah lebat mengakibatkan longkang dan saliran kawasan itu tidak dapat menampung air,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bera, Kapten Nurul Ashikin Mohd Anuar berkata, Kampung Limau Kemayan dan Taman Maju jaya adalah dua lokasi yang dikesan dilanda banjir kilat pada pukul 1.55 pagi tadi.

“Kami menerima laporan berlakunya kejadian banjir kilat lebih kurang pada pukul 1.55 pagi di Kampung Limau Kemayan dan Taman Maju Jaya.

“Daripada 18 mangsa yang dipindahkan ke PPS itu, lapan daripadanya adalah lelaki dewasa, lima (wanita) dan lima adalah kanak-kanak lelaki,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI