fbpx

Anwar hargai pengorbanan pasukan SAR Malaysia di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua kiri) ketika melawat dan bertemu mangsa gempa dan pasukan SAR Malaysia di Nurdagi, Gaziantep Turkiye hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) Malaysia bagi membantu mangsa gempa di Turkiye.

Sehubungan itu, beliau turut menitipkan pesanan kepada semua yang terlibat agar terus komited mencurahkan bakti serta menjaga keselamatan ketika melaksanakan operasi menyelamat.

“Saya melihat sendiri kesungguhan, kecekapan dan tahap profesionalisme yang tinggi sewaktu pengoperasiaan menyelamat mangsa gempa bumi di kawasan tersebut.

“Saya dimaklumkan bahawa anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia telah menzahirkan pengorbanan dan keupayaan yang ternyata luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat dan bertemu pasukan negara di Nurdagi, Gaziantep Turkiye hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu juga sempat mendengar perkongsian pengalaman anggota-anggota yang menjalankan operasi di sana.

Anwar kemudian dijangka berangkat ke Ankara bagi menemui, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Anwar terus ke kawasan bencana sejurus tiba di Gaziantep, Turkiye pada pukul 7.50 pagi (waktu tempatan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI